"Pencinta dunia menangis
kerana dunia yang hilang.
Perindu akhirat menangis
kerana dunia yang datang.
Dari mata yang mengintai
setiap kemewahan yang mulus
penuh rakus, mengalirlah
air mata kecewa kegagalan.
Dari mata yang redup
merenung Hari Akhirat
yang dirasakan dekat,
mengalirkan air mata insaf mengharap.."
“Tegakkan Islam dlm diri kamu.. nescaya Islam akan tertegak diatas bumi kamu"
Imam Al-Syahid Hassan Al- Banna.
SeLaMaT DaTaNg
Assalamualaikum W.W. kepada kengkawan yang sudi mengunjungi blog teman ni, teman ucapkan bebanyak terima kasih ler yer...
Teman ni bukannya reti bebenor bab-bab ni, tapi mujurler ada adik Nik Nahdiya@ Diya yang sudi membantu mengolah presentation blog teman sehingga tersedia begini.
So, setinggi-tinggi ucapan penghargaan pada Diya dan didoakan agar Diya akan diberkati Allah dalam hidup serta selamat melangkah ke alam baru di IPTA.
Wassalamualaikum w.w.
"Hidup umpama satu pelayaran menuju dermaga.
Bermacam godaan dan halangan sepanjang pelayaran.
Hanya takdir menentukan ia.
Walaubagaimanapun, kita tetap harus berusaha.
Hingga tiba ke dermaganya......."
Look at The Beauty of Islam
Spreading Around The World
See The Pretiness of Islam about Family...
about Brotherhood and Sisterhood
Like Flowers Blooming Everywhere
Blooming and Spreading Gracefully
On the Highlands and on The Valleys
“O Allah, place light in my heart, light in my tongue, light in my hearing, light in my sight, light behind me, light in front of me, light on my right, light on my left, light above me and light below me; place light in my view, in my flesh, in my blood, in my hair and in my skin; place light in my soul and make light abundant for me; make me light and grant me light.?lt;/i>
Semalam adalah sejarah yang tidak boleh dipinda
Esok pula hanyalah khalayan yang belum nyata
Hari ini pasti menjadi penentu siapa diri kita!!
A Choise Of Two Gatherings
Hadrat Anas (Radiallahu 'Anhu) narrated that the Holy Prophet (Salllahu 'Alaihi wa Sallam) said, "When some people assemble with the sole purpose of Remembrance of Allah, an angel proclaims from the heaven that they have been forgiven and their evils had been converted into virtues." In another Hadith it has been added that in contradiction, the gathering in which Allah is not remembered, shall be a source of regret and grief (to the participants of the gathering) on the Day of Judgement.
(Riwayah Zarhaqi Majma' Al Zuwaid)
.::Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya.Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya,yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu::.
ISLAM has never come at all..Except to bring Tranquility and peace.. it has brought us, Mercy to light our way..so NO MORE Darkness has remain..
Whoever works righteousness, man or woman, and has Faith, verily, to him will We give a new Life, a life that is good and pure and We will bestow on such their reward according to the best of their actions.
[Qur'an An Nahl 16:97]
"Teman Sejati Bukan yang
Selalu Dekat DiMata,
Dekat Bicaranya Tetapi Dia yang
Setia di Hati dan
Diingati Dalam Setiap Bisikan Doanya" ~Dedicated to my dear Sis, ANNA ABADI~
DALAM
mengharungi kehidupan rumah tangga pasti akan melalui saat-saat getir
yang kadang-kala boleh menggoncang bahtera yang dibina itu. Orang kita
kerap menyebut ¡¥sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami
isteri¡¦.
Kita tidak dapat menafikan sebagai manusia, suami atau isteri
empunyai kelemahan masing-masing. Cara terbaik untuk mengatasinya
dengan bersabar dan tidak membesar-besarkan kelemahan itu.
Firman Allah bermaksud: "Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri
kamu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (berasa) benci kepada
mereka (kerana tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru
menceraikannya) kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan
Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang
banyak untuk kamu." (Surah an-Nisa, ayat 19).
Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: "Mana-mana lelaki yang
bersabar di atas keburukan perangai isterinya, Allah akan berikannya
pahala seperti yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala
yang menimpanya. Dan mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan
perangai suaminya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan
kepada Asiah binti Muzahim, isteri Firaun."
Di sini, elok juga jika direnungi kisah seorang lelaki yang
mengunjungi Umar bin Khattab untuk mengadu mengenai perangai isterinya.
Dia berdiri di luar pintu menunggu Umar keluar.
Tiba-tiba dia terdengar isteri Umar sedang meleterinya, sedangkan Umar diam tidak menjawab walau sepatah pun.
Lelaki itu beredar sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Kalau
beginilah keadaan Umar, seorang Amirulmukminin yang selalu keras dan
tegas, maka bagaimana dengan aku?"
Selepas itu Umar keluar dari rumahnya dan melihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya.
Lelaki itu berkata: "Wahai Amirulmukminin, aku datang untuk mengadu
mengenai perangai isteriku yang buruk dan suka berleter kepadaku.
¡§Tadi aku mendengar isteri anda pun begitu juga. Lalu aku berkata
kepada diriku: Kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya,
maka bagaimana dengan aku?"
Umar berkata kepadanya: "Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atas aku.
"Sesungguhnya dia memasak makanan aku, mengadun roti untuk aku,
membasuh pakaian aku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak
diwajibkan ke atasnya.
"Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya."
Lelaki itu menjawab: "Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku."
Umar pun berkata kepadanya: "Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya itu tidak lama, hanya seketika saja."
AGAMA BUKAN CANDU UNTUK MENGKHAYALKAN ORANG MISKIN
PENULIS: DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN, MUFTI KERAJAAN NEGERI PERLIS
Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”.(Surah al-Isra: 26-27).
Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.
Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.
Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab:
Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).
Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun –atas pemintaan penaja yang membayar harga ceramah- akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat.
Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis-menangis –seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah- bercerita kepada makcik-makcik yang kusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir ‘nasi lemaknya’.
Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk pengajur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas.
Maka insaflah mak cik dan pak cik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah ‘ceroi’ akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka.
Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum ‘dijakimkan’, “apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?”.
Sebelum harga minyak naik, telah sekian mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup di kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.
Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan.
Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): “Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).
Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun.
Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.
Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk ‘mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah?
Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri?. Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’.
Apakah patut di saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka. Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat.
Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan ‘berhiburan’ dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka?. Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan.
Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua.
Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala-galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma’ruf dan al-An-Nahy ‘an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.
Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan ‘Am al-Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan.
Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar.
Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata:
“Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).
Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya:
“Dari mana diperolehi ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).
Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini.
Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa.
Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap ‘berjiwa rakyat’, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat?
Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti ‘Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan RasulNya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan RasulNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.
Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana.
Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekat kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program tv lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang?
Di masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.
Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.
Itulah nasib rakyat.... para pemimpin sejati hanya tinggal kenangan.... yang pastinya, rakyat juga yang dipaksa menanggung keperitan hidup, padahal yang kaya, tetap kaya... & tenggelam di dalam kesenangan sendiri...wahai para pemimpin, ingatlah saat ngeri bila kesemua kamu akan diikat tangan untuk menjawab di hadapan Allah Azzawajalla di akhirat nanti, mengenai kepimpinan mu & rakyat yang dizalimi...
Once upon a time....... not a long time ago, I had a chance to chat with a few of my dear friends.... the wonderful feelings, still linger on in my heart.... baca dari bawah ke atas nooooo...
U.N.C.L.E » wslm hidaya...how r u...how's the weather like in Sheffield right now...I believe it's autumn now...dah berapa lama dok kat sana tu...stori lah sikit...pls plssss U.N.C.L.E » Wslm cikgu Nur...pekabo...time kasiler kerana sudi jengah kat sini lagi...teman agak cikgu tentu sibuk dgn persiapan anak2 buah nak periksa tak lama lagi...oklah good luck 2 u hidaya » assalammualaikum uncle...just visiting...bytheway nice blog.. nurdia » assalamualaikum..dah lama x jengah kat sini U.N.C.L.E » wslm ara....u're most welcome...jgn memalu....cuti ni tak jalan2 cari makan ker... U.N.C.L.E » wslm Nurin....takyah ler nak balas2 nurin....hope u like it.... ara » assalamualaikum uncle.. ara dtg melawat.. ehehe.. apa khabar..? hope u're great.. CintaNurin » askum uncle,,,timakaceh byk2 psal adiah aritu,takde ape nak bagi kat uncle. U.N.C.L.E » haaa dah dapat dahbella, fAtti zAjOR of ItAwIr... U.N.C.L.E » hiii bella....bagitau ler add blog bela tu....teringan sangat teman nak hinggap...boley tak bella » haii uncle!! U.N.C.L.E » Wslm iza...how's the interview.....sap sapa soy ajer kan...wish u get the job...kalu dapat boley blanja mee udang prai..depa kata sodap ya amat..... iyza » ASSALAmuaikum uncle U.N.C.L.E » hehehe zie...welkam2....anak cina minum teh, anak melayu minum kopi, kalau raser2 dah letih, sudi2 ler datang ke mari....pi & ri..eh boleyler tu.hehehe zie » meriahnya kat cni. zie » hai sumer... a'kum..... hrp kekawan sihat dan gembira slalu. ita... » opss naper kuar dua kali... sori uncle..... ita... » assalamualaikum wbt... uncle... ita dah balas tau pantun uncle tu...... ita... » assalamualaikum wbt... uncle... ita dah balas tau pantun uncle tu...... U.N.C.L.E » hehehe win...ole2 win tertinggal kat bandungler...tapi, jangan risau, bila senang2 nanti teman blanja win minum air bandung & makan mee bandung, nakkk U.N.C.L.E » bella, teman kabo baik...err add blog bella camna..lupalah.... U.N.C.L.E » As'kum semua...hii aida welkam..lama tak dtg no...& iza, teman doakan agar iza berjaya dalam temuduga tu...relaks, jangan gabra yerk...lastly, ita terima kasih kembali...jgn lupa jawab balik pantun anak^_^itik^_^comel » uncle mana ole2 win bella » aii uncle.. pekabo??? sudi2kan laa lawatt blog bella yekk.. ita... » assalamualaikum wbt. mekasih uncle, sudi singgah kat blog ita..... iyza » akum uncle ok ari nie kita ader kat penang ok jaga diri baik2 a'a doakan kita berjaya k aida » hehhe melawat blog uncle jap... U.N.C.L.E » wslm Ila....dah lama tunggu!!! sori yerk teman keluar jap tadi...kan semalam kita jumpa kat chat room Ila....am I right... ila » akum uncle ila » AKUM UNCLE ila » akum uncle.. U.N.C.L.E » ok tunggu sat no...teman hantor invitation iyza » ader add la iyza_ayang U.N.C.L.E » teman di perak ni...betui2 kat ipoh...kira ipoh mali ler...nak tanya iza ader YM add tak...kan sonang... iyza » uncle perak kat mana ek lih za tau tak iyza » apa-apa ajer U.N.C.L.E » bisa diatur tu iza...errr upah hot & spicy KFD (kg flied duck) boleyyyy iyza » yer la tu ader upah tak U.N.C.L.E » laaaa ole2 tertinggal kat dalam kapalterbang ler za hehehe...hari tu kelam kabut perut tgh meragam...anyway, time kasih kerana sudi tgk2kan blog teman ni masa teman kat obersea.. iyza » ader beli oleh2 kat za tak iyza » eemmm za nak air asam jawa la U.N.C.L.E » wslm ww iza...pekabo....silahkan...errr nak air ker mee bandung...hehehe teman baru balik dari Bandung... iyza » uncle tak ader za selalu datang kat blog nie sebab za dah jatuh hati kat blog nie sebab ader lagu kawin nie la heeheheh iyza » assalamuaikum uncle semua U.N.C.L.E » hehehe OJ...nak buat ekspedisi ke utara yer...ok gak tu...singgahler nanti...kita pekena itik rendang ala masal...yum yum... U.N.C.L.E » As'kum semua...hehehe teman dah balik....jom singgah -KamarHati- » teman balik kl hujung bulan ni... lepas tu nak bawak famili ronda2... i'll inform u nanti... -KamarHati- » uncle... teman rasa teman nak ronda utara malaysia... bila sampai BG nanti.. teman nak rasa teman nak singgah umah uncle.. boleh tak? kalau boleh.. sediakan itek untuk mkn tgh hari nanti.. iyza » uncle sihat macam mana ke ok ke best tak g sana iyza » boring la ancle tak ader bila nak balik nie ara » assalamualaikum uncle.. lama tak dengar cite uncle.. busy ke..? kailan » assalamualaikum.. ita... » asssalamualaikum wbt uncle.... jemputlah ke blog ita..... anni » assalamulaikum..wat uncle..n salam jumaat..hikss...ske mai sini nk dgr lagu pengantin baru nih...smile.. anni » uik..bawu pasan mmg ade laguh kawen kat sini..hiks...cume lambat jerk... ina » hi uncle... iyza » selamat pagi assalamuaikum UNCLE tq sebab p lawat za nya blog tapi UNCLE nya blog best la sebab ader lagu kawin macam tak sabar lak nak kawin heheehehh za memang suka lagu nie tau lih send lagu nie U.N.C.L.E » hehehe pekabo jebat...haiii panglima teratak ni, tak letih-letih berjuang meredah lautan...doghiyan habis, itik tak mandang...takpa nanti teman jamu kopi kapal layar....adaa ummmph -KamarHati- » TEMAN SINGAH JAP... LETIH BELAYAR.. UNCLE NAK HIDANG KAN APA.. TEMAN LAPAR NI... ITEK PANGGANG ADA TAK? TEMAN SUKA MKN ITEK... KUEK KUEK KUEK.. U.N.C.L.E » Waalaikum salam iyza...terima kasih ler kerana sudi ke mari...maafler yer, nak jamu doghiyan, dah habis...hehehe...oooi teman dah pi blog iyza tu...besssst iyza » ASSAlamuaikum tumpang lalu jom aa'aa lawat blog kita yang buruk tusalam pekenalan U.N.C.L.E » Wslm..wah Datin pon ader..alamak terkedu teman ni...orang kenamaan datang....jap jap nak salin pakaian, teman baru jer balik dari reban itik... betui ker Datin nak makan itik panggang....hehehe U.N.C.L.E » wslm kiki....howdy...pekabo...ade apa-apa perkara yg teman terlepas pandang..hehehe U.N.C.L.E » ok win..teman dah reset balik dlm favorites U.N.C.L.E » hi id....jgn berehat lama2...kesian kat kengkawan.... tentu merindui untuk membaca coretan mu... Datin Jazz » Askm....nak cari itik uncle....nak panggang!!!!!!! wakiki » a,kum uncle id » jumpa lagi di alam cyber..hamba nak 'berehat' dari berblog.. anak^_^itik^_^comel » uncle win dh tukar homepage http://comel85.blogdrive.com U.N.C.L.E » hait bai....hehehe nak update tak sempat2 ler bai...banyak bebenor distraction...hajat hati tu tak kesampaian lagi...hehehe U.N.C.L.E » hiii yanie....sesamalah tu...teman kabo baik...macam mana kat 'Ganu skrg...musim apa kat sana yanie... BAi » hait ! bila mau update daa..? hehe.. cun blog uncle.. ader lagu kawen kawen lagi.. Purnama » hai uncle... rindula kat uncle... apa kabo? U.N.C.L.E » wslm ais...nak singgah lelama pon takpa...tapi kat cni takda doghiyan...kalu nak jom ke dusun teman..hehehe U.N.C.L.E » wslm ais...nak singgah lelama pon takpa...tapi doghiyan tak mandangler kat cni...yg tu kene ikut teman kutip kat dusun...hehehe ais » as'kum uncle... singgah sat blog uncle ni... U.N.C.L.E » hehehe win...win suka doghiyan yer...tempoyak suka tak...huuu kalu kene gulai tempoyak ikan sepat masak lomak cili api...huuuu terangkat ooooo U.N.C.L.E » wslm nd...time kasihler kerna bagi tau kat teman..hari tu pon yanie dah bagi tau...semoga dia berbahagia kat sana...& teruskan blogging.. U.N.C.L.E » ish ish ish..widi tak suka Raja Buah....Alamak, macam mana nak rekomen utk menikah dgn org Perak nih hehehe anak^_^itik^_^comel » apalah widi..durian sedpa per.. nd » assalamualaikum UNCLE..kak yanie kim salam..die dah slamat sampai kg..ptg semalam.. widi » widi...tak suka durian uncle ..bau muntah nanti widi makan durian ....uncle ajeyg makan deh..widi geli sama durian anak^_^itik^_^comel » ina » hi uncle...akum... anak^_^itik^_^comel » U.N.C.L.E » alaaaa llaaaa widi jgnler majuk...mai teman pujuk...nak durian tak??heehehe....bukan sengaja tak tegur widi, cuma mata teman ni dah berpinor2 mengadapa pc all day.... widi » uncle sapa win jer tak nampak widi ker U.N.C.L.E » hmmm teman dah berkunjung ke sana win...as uncle_yeop. good, dah baca pon tadi...ngapa win tak pos kat warung akak manis...kan ramai geng teratak kat situ widi » BAGUS LER LAGUNYE anak^_^itik^_^comel » uncle laman webnya http://www.kampungkita.net/index.php..bhgn artikel.. anak^_^itik^_^comel » win takleh letak dlm blog...nanti win takleh buka blog win anak^_^itik^_^comel » uncle win dh post pada forum kampungkita.. U.N.C.L.E » wslm win...ooo win, mana cerita cerpen tu...buka link cerpen tu, lain lak ceritanya...... anak^_^itik^_^comel » assalammualaikum U.N.C.L.E » wslm aida...wah...lama tak nampak...sibuk yer since dah mula new sem ni...good luck & study smart ok... U.N.C.L.E » hehehe wslm kailan...durian dah jadi tempoyak ler....ni dah dekat peghujung2 gituler...jom cepat sebelum terlambat..
Ini satu artikel menarik yang baru teman baca. Teman pon pernah mengalaminya.
5 tahun menetap di bumi Ireland, tidak sedikit bilangan pertemuan saya dengan Christian missionaries. Tidak sedikit bilangan perbualan yang pernah berlaku antara mereka dan saya. Mereka yang pernah saya temui juga terdiri dari beberapa mazhab dan agama, yang Christian catholic, Christian Protestant, Jehovah Witness dan tidak lupa, Atheist, dan macam-macam lagilah. Saya merasa peluang bertemu dan berbicara dengan mereka itu satu kurniaan Allah yang berharga. These were brilliant and enriching experiences. . Saya dapat banyak belajar tentang kepercayaan mereka. Dulu saya tak tahu apa-apa tentang Jehovah Witness. Bila sampai Ireland, pertama kali saya dengar pun ialah sebab ada pesakit wanita mengandung beragama Jehovah Witness yang tak mahu doktor masukkan darah ke dalam badannya, walaupun dia banyak kehilangan darah, sampai mati sekalipun. Itu pegangan Jehovah Witness. Bila doktor nak selamatkan nyawanya dan masukkan darah, dia saman dan heret kes itu ke mahkamah. . Setiap kali insiden pertemuan dengan para missionaries itu berlaku, ia tidak pernah dirancang. It could happen at anytime, anywhere, usually when i least expect it. Selalu saja mereka mengetuk pintu rumah saya di CorribPark ini untuk menyampaikan dakyah kristian. Church pun dekat. Tiap-tiap krismas dpt kad dari gereja. Hampir tiap-tiap minggu dapat invitation letter ke church dan envelope untuk masukkan duit derma.
Kadang-kadang mereka bagi pamphlet tentang Jesus. Kadang-kadang mereka siap bawa bible. Kadang-kadang berlenggang sahaja. Maka hakikatnya, saya perlu sentiasa bersedia. Mereka bertanya a lot of provoking questions. Adakalanya mereka juga akan memulakan dakyah kristian dengan mengajak berbincang tentang isu dunia, meminta pandangan saya atau dengan bercerita sedikit tentang Jesus. . They are undeniably, charming people. And honestly, i love talking to them! If charm alone can convert people, i would have been converted. But charm is not everything. The theology is not right. Selalunya, missionaries yang datang itu muda-muda belaka. Segak dan kemas. Mungkin lebih kurang saja umurnya dengan saya. Ada juga yang lebih berusia. Namun saya sanjung keberanian mereka, mahu bercakap tentang kristian, mahu bercerita tentang kepercayaan mereka, walaupun nampak saya ini berjubah dan bertudung. I admire their determination. Dan saya tidak kisah untuk bersembang panjang. Saya suka juga untuk berkongsi dengan mereka pandangan saya terhadap Tuhan, terhadap dunia dan kehidupan, dan terhadap masalah manusia hari ini. It is a nice discussion to have. . Saya pendengar setia kuliah Allahyarham Syeikh Ahmad Deedat. Bagi kawan-kawan yang tidak kenal siapa Ahmad Deedat, Allahyarham adalah seorang ulama' dari Afrika, yang mahir Al-Quran dan juga Bible dan seringkali terlibat dalam Interfaith Debate. Saya suka dia. Namun, saya masih ingat dalam salah satu kuliahnya, Allahyarham Syeikh Ahmad Deedat ada menyebut tentang KITA - orang islam Malaysia. Beliau kata orang islam Malaysia ni... "JELLYFISH! Spineless muslims! Demasculated! " . Beliau kata orang kita ni lembik. huhu. Sebab, tak mahu buka mulut. Kita tidak berkongsi tentang Ad-Deen yang haq dan mulia ini pada orang lain, malah selalu menjauhkan. Tambah lagi, masuk masjid pun tak kasi. Kita tidak pernah mahu bercerita kepada 48% rakyat Malaysia yang non-muslims itu tentang Islam yang kita anuti, padahal mereka our dearest friends. Kita lagi suka nyorok. Satu contoh lagi ialah pelajar malaysiaoversea yang lunch dengan kawan omputih dan beli sandwich sayur, kemudian kawan omputih itu bertanya, "Why did you just buy veggies? The chicken tastes great here. Are you vegetarian?"
Hah. Kalau malas, cakap sajalah "Yes". Habis cerita. Tetapi sebenarnya kita bukan beriman dengan prinsip vegetarian, bukan? Hakikatnya kita beriman dengan prinsip Islam, halal atau tidaknya ayam itu. Tetapi selalu kita tidak mahu cakap. We are being 'jellyfish' at that time. Lembik. Syeikh Ahmat Deedat was right! . Tidak cukup dengan itu, kalau orang datang tanya tentang islam, kita jadi tak tentu arah. Kalau missionaries apa-apa datang, lagilah, kita terus cabut lari. Kenapa? Scared of holy water? . One of the biggest FACTOR, Syeikh Deedat said, is actually because we do not know our own Quran well. We don't know what to say. Some of us don't even understand what we read (kitalah tu kan - malaysian muslims). Ada antara kita yang tidak tahu pun maksud Surah Al-fatihah. Ada yang faham dan tahu terjemahannya, tapi nak cerita to our dearest Chinese, Indians or Irish friends, lain tahunlah. . Kalau kita menyangka akhlak yang baik itu sudah cukup untuk berdakwah, kita silap. As i've mentioned before, charm alone is not enough. Rasulullah saw mempunyai akhlak yang terlalu sempurna, tetapi baginda tetap berdakwah beria-ria, bermati-matian menyampaikan. Akhlak yang baik memang penting, tetapi akhlak saja tidak cukup untuk mengajak orang lain, jika ia tidak disertai dengan kesediaan kita bercerita tentang islam. Jauh dari cukup. We need to speak up. . Saya benar-benar terasa bila Allahyarham Syeikh Ahmad Deedat melabel 'JELLYFISH' pada kaum saya, pada orang islam negara saya. Tetapi saya tidak mampu menafikannya. Saya sendiri selalu menjadi Jellyfish bila berhadapan dengan para missionaries. I was always caught unprepared. Saya tidak tahu ayat Al-Quran apa yang boleh saya ceritakan. Kalau tahu pun, saya tak tahu English translation nya pula. Terjemahan English ayat Quran yang suruh pakai tudung pun saya tak hafal. Namun isu sebenar ialah saya yang tak confident. So when people provoke, i tend to fumble. . Kerana itu pertemuan yang berulang-ulang kali dengan Christian Missionaries adalah bermanfaat bagi saya. It builds me up. Syeikh Ahmat Deedat suruh kita bersedia. Kenali Al-Quran kita dan baca terjemahan. Hafal sedikit terjemahan English, lagi-lagi untuk Muslims living in the western world, katanya. Saya ingin mengambil nasihatnya. Saya ingin hafal English Translation beberapa ayat Al-Quran. I will be more prepared the next time i meet those charming Christian missionaries. Kali ini saya tidak mahu sekadar berdialog berkongsi pendapat dengan mereka. Saya mahu fasih, saya mahu jawab dengan baik, saya mahu kongsi ayat-ayat from my Holy Book. InshaAllah.
Untuk kengkawan yang setia berkunjung ke blog teman ni, ermmm teman nak bagitau yg dalam seminggu dua ni mungkin teman takda kat umah coz kena attend kursus @ holliday.. So, nampak gayanya bersawang lagi lah blog teman ni.... apapun, kalu kengkawan yang terseradung sampai ke blog teman ni, buat ler macam rumah sendiri yerk... adios semua...
Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh
menarik untuk murid-muridnya.Setiap murid diminta membawa beg plastik
yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke
kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung
kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid
membawa beg plastik berisi pisang masing-masing.
Ada yang
membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji.
Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci. "Sekarang
simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama
seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu
keputusannya" beritahu Cikgu Maryam.Kanak-kanak tersebut menyimpan
pisang masing-masing di dalam beg.
Hari demi hari berlalu,
pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk.
Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan
itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang
menangis, enggan meneruskan permainan.Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi
murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada
lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa."Okey semua, apa rasanya
bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu
Mayam.
Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu.
Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi,
terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau
busuk."Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci
pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati
dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri
tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba
bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup
kamu" beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya
supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup.
Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci..!!
Seorang ibu yang dermawan telah menghadiah seekor kambing kepada Loqman al-Hakim seraya berpesan: "Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan."
Setelah disembelih, dikirimkan kepada ibu tersebut hati dan lidah kambing itu.
Beberapa hari kemudian, ibu itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan berpesan agar sesudah disembelih dikirimkan juga kepadanya sebahagian daripadanya. Pada kali yang kedua ini, bukan lagi bahagian yang terburuk yang dipesankannya, tetapi dimintanya bahagian yang terbaik daripada kambing itu.
Setelah kambing disembelih, Loqman mengirim hati dan lidah juga kepada ibu yang dermawan itu.
"Kenapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk, dan kenapakah yang itu juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?" tanya ibu tersebut kepada Loqman.
Loqman menjawab: "Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya."
Mendengar jawapan itu, mengertilah ibu itu akan maksud Loqman, kerana hati dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan; begitu juga sebaliknya dari hati dan lidah itu terbit segala kejahatan dan keburukan.
Besday atau Harijadi atau hari ulangtahun kelahiran Tak kira apa jua nama yang disambut Biasanya disambut dengan kegembiraan, Disambut dengan majlis keramaian, Dihidangkan kek, kuih muih dan beranika makanan, Diserikan dengan pemberian hadiah, Majlis penuh ceria, gilang gemilang dan ucapan selamat, Sebagai tanda, syukur umur dah meningkat Sebagai tanda, syukur panjang lagi umo kau, Sebagai tanda, masih lagi ada peluang nak buat ibadat, Tak kurang yang nak cari projek, nak naik pangkat, nak itu dan ini....
Tapiiiiiiiiii .... jarang sekali yang terfikir, Bila sampai saat besday atau harijadi atau hari ulangtahun kelahiran Diri bertanya.... tinggal berapa lama lagi gamaknya umo aku ni, Tinggal berapa lagi saki baki kehidupan , Tinggal berapa cubic metre udara yang bakal dihirup, Tinggal berapa gelen air yang bakal ditelan, Tinggal berapa cupak nasi yang bakal dikunyah, Tinggal berapa ekor ikan, ayam, itik, kambing dll yang bakal diratah.... Dan yang paling utama, berapa banyak ibadat yang dapat dibuat,
Sebelum....
kuota umo sampai ke nokhtahnya... saat Izrail menjenguk kali terakhir... nafas terakhir menamatkan kehidupan...
besday ku ... saat hening .. tanpa kek berlilin cuma syukur masih diberi peluang mengisi kehidupan buat persiapan menghadapi perpindahan yang kekal....
1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Setelah berminggu2 lamanya teman menjadi halimunan di blog ini, akhirnya kuasa XX ray teman telah di'deactivatekan' balik.. hehehe ... lamanya teman menghilang sampaikan nyaris2 tak jumpa balik blog sendiri... yang lebih mengejutkan sekejap, bila dah jumpa alamat, nak buka pintu rumah tak boleh masuk... tengok2 ada signboard... blogdrive domain under construction....adehhhhhhhh terkezut beruk teman... gara2 tuan empunya tanah buat kerja2 renovation, rumah teman pulak kena sita..... maka jadila teman 'blogger nomad' buat seketika... meronda ke sana ke mari, meneroka blog kengkawan yang begitu meriah ...sambil2 tinggalkan jejak kasih...cewah...
Ate, kemana teman pergi selama hari ni... mungkin itulah yang mungkin kengkawan yang datang berkunjung tertanya2... setiap kali datang, tgk sawang makin bertambah & tuan rumah pon tak mandang2... hehehe ...mujurla mamajie datang tolon2 sapu sawang & buat spring cleaning sikit..kalu tidak gamaknya, dah jadi macam Gua Thur...
Biorler teman ceriter sikit ke mana teman pergi & apa benda teman buat supaya lenkali kalu kome tengok teman jadi halimunan semacam aja, haaa paham-paham ajala...lebih2 lagi masa penghujung tahun...
Mula2 sekali, macam mana-mana agensi kerajaan, penghujung tahun ler yang agak gawat sikit....bukan pasal apa, banyak bebenor urusan yang perlu dilengkapkan sebelum tarikh keramat ie tarikh tutup akaun bagi tahun tu. So, apa-apa perbelanjaan, sebutharga, bayaran, budjet review semua kena dikemaskinikan... Jadi, ramailer yang terlibat dari kakitangan atas bawah kiri kanan sampailer kepada pelanggan...semua nak setel. Tapi yang masalahnya, kalu semuanya lengkap, okler...tapi bila tak lengkap, haa tu yg memeningkan...pepun itu satu bab...
Yang keduanya, teman ni suka pergi vacation hujung tahun... kan cuti sekolah, haa bila lagi masa nak Cuti-cuti Malaysia.... So, selama 10hari teman take time off... pergi jalan2 merehatkan otak bersama famili ... jalan-jalan ni memang seronok tapi letih oooooo... ate yang jadi drebarnya sorang, tula habis semua tulang sendi urat dawai jadi bengkok.... balik bercuti, keroja sekejap, ambil lagi cuti.....kali ni cuti berehat pulak... masa bercuti tu kan, memang teman tak sentuh komputer langsung... memang cuti bebetul... hehehe...
Bila dah fresh, badan pon dah segar bugar, pergi kat opis tgk2...masyaallah, fail dah bertimbun2 sampai melimpah ke lantai...adhoiiiiiiiiiiiii mak....lotihnya badan... tula, tak cuti pon letih, cuti pon letih.... pepun, terima kasih kengkawan coz sudi gak tgk2kan blog teman ni yer.... Adios amigos wal janggos