Entry: Tujuan disyarakkan berpuasa August 20, 2009
1. Rahmat Allah kepada hambanya dengan memberi satu peluang untuk manusia menjadi manusia yang sebenar melalui latihan puasa.
2. Meroboh kekangan nafsu syahwat samaada nafsu perut atau kemaluan dengan puasa.
3. Membersihkan jiwa dan melatihnya dengan akhlak² yang mulia seperti : Berpada (qana'ah)/ zuhud/amanah.
4. Melatih jiwa meninggal dan menjauhkan nilai yang tidak baik ( mazmumah ) seperti tamak/ khianat/ suka mencela/ mengumpat.
5. Menahan nafsu daripada kerakusan dan kebiasaan yang boleh merosakkan nilai kemanusiaan.
6. Menyempitkan jalan² syaitan dengan menyempitkan saluran makan minum manusia.
7. Memastikan kesihatan tubuh badan.
8. Memastikan nilai roh manusia sentiasa mengatasi nilai kebendaan dan nilai akal keatas nilai syahwat.
9. Melatih manusia sentiasa bersabar dalam mengatasi kebiasaan kehendak hawa nafsunya. Bersabar dalam taat dan menjauhi maksiat.
10. Menyedarkan manusia akan nikmat Allah yang begitu besar dan melimpah ruah (Syukur)
11. Melahirkan rasa sama taraf dan kebersamaan dikalangan mereka yang berpuasa dan akhirnya mengukuhkan hubungan ukhuwwah ( Solidariti )
Kerana tujuan yang besar dan mulia inilah puasa di wajibkan tidak di sunatkan. Bahkan diberi alternatif kepada sesiapa yang tidak mampu atau bermusafir agar di ganti dengan puasa di hari yang lain.
Akhirnya kesemua ini melahirkan manusia yang bertaqwa yang mampu menjana kecerdasan minda, emosi dan spiritual.
Sabda Rasulullah S.A.W "Ramadhan telah datang kepada kamu yang merupakan bulan berkat dan Allah S.W.T. telah mewajibkan puasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup serta dibelenggu syaitan. Ia mempunyai satu malam yang lebih baik dari seribu bulan dan sesiapa yang tidak bertemu dengannya ia sangat rugi"
Hadis ini sebagai ucapan tahniah kepada manusia dengan kedatangan Ramadhan. Bagaimana orang beriman tidak bergembira dengan terbukanya pintu syurga? Dan bagaimana orang berdosa tidak gembira dengan tertutupnya pintu neraka? Bagaimana pula orang yang berakal tidak mendapatberita gembira dengan terbelenggunya syaitan?
Bersempena bulan Ramadhan ini, marilah kita bertaubat kepada Allah kerana Ramadhan bulan taubat. Mungkin diantara kita tidak lagi sempat bertemu dengan Ramadhan yang akan datang maka hendaklah setiap kita menggunakan kesempatan ini untuk beribadat kepada Allah dan bertaubat di atas dosa² yang telah dilakukan.
Mungkin inilah Ramadhan yang terakhir bagi kita. Yang pasti, bulan Ramadhan akan berlalu dengan pantas sekali. Perhatikanlah, tanpa disedarikita akan berada dipenghujungnya. Oleh itu janganlah kita menjadi orang² yang rugi.